Proton akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi Proton X50 menerusi pelancaran secara strim langsung, hari ini.
Selepas lebih sebulan mendedahkan maklumat tentang spesifikasi, enjin, prestasi dan ciri keselamatan, akhirnya Proton melancarkan X50 secara rasmi termasuk harga.
Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi (turbo gasoline direct injection).
Kedua-dua varian enjin ini didatangkan dengan pakej transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT).
Enjin 1.5L T ditawarkan bagi varian Standard, Premium dan Executive dan menghasilkan 150hp pada 4,000rpm dan 226Nm pada 1,500rpm.
Sementara enjin 1.5L TGDi – yang hanya terdapat pada model ‘flagship – menghasilkan 177hp dan 250Nm.
Hasilnya, model Proton X50 ini mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 7.9 saat dan dibuktikan menerusi perlumbaan drag apabila X50 berjaya mengatasi dua model lain, Honda HRV dan BMW X1.
Aspek pemanduan turut dilaksanakan menerusi ujian slalom dan ternyata pengalaman memandu cukup cekap dan selesa hasil bantuan Electronic Stability Control, Traction Control System dan Drag Torque Control.
Bukan itu sahaja, Proton turut mengumumkan X50 ini merupakan kereta pertama dalam segmennya yang menawarkan Pemanduan Autonomi Level 2, teknologi yang sering terdapat pada jenama premium Eropah.
Antara aspek Pemanduan Autonomi Level 2 itu melibatkan:
- Intelligent Cruise Control (ICC)
- Auto Park Assist (APA)
- Autonomous Emergency Braking
- Forward Collision Warning
- Lane Keep Assist
Orang ramai kini boleh mendapatkan Proton X50 dengan harga berikut:
- 1.5T Standard – RM79,200
- 1.5T Executive – RM84,800
- 1.5T Premium – RM93,200
- 1.5 TGDi Flagship – RM103,300
Harga Proton X50 memang terbaik! Menarik gila dengan ciri-ciri hebat dan harga yang berpatutan. Proton X50 memang #GameChanger! 👍