Mitsubishi XPander Kini Dibuka Untuk Tempahan – 1.5L MIVEC!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menerima tempahan bagi Mitsubishi XPander, menjelang pelancaran pada November ini.

Tempahan bagi kenderaan jenis ‘crossover’ dengan tujuh tempat duduk itu kini boleh dibuat di setiap pusat pameran rasmi Mitsubishi seluruh negara.

Mitsubishi XPander dikuasakan dengan enjin (blok aluminium) 1.5L MIVEC yang menjana 105hp pada 6,500rpm dan 141Nm pada 4,000rpm dan digerakan menerusi transmisi 4-kelajuan automatik.

Bahagian luar XPander meneruskan kesinambungan rekaan ‘Dynamic Shield’ yang terdapat pada semua model Mitsubishi di samping pakej lampu LED dan rim aloi 16 inci dua-tona (dual-tone).

Bagi menjaminkan pemanduan selesa, XPander turut menawarkan 205mm ‘ground clearance’.

Sementara itu, bahagian dalam pula memfokuskan terhadap memaksimumkan ruang bagi keselesaan penumpang dengan ketinggian 1,730mm, panjang 4,475mm dan lebar 1,750mm sekaligus menjaminkan keluasan ruang kaki.

Mitsubishi XPander juga merupakan satu-satunya kereta dalam segmennya yang membolehkan tempat duduk barisan kedua dan ketiga dilipat sepenuhnya bagi menawarkan ruang letak barang yang lebih luas.

Model ini turut dilengkapi dengan ruang simpan pelbagai guna, side pocket di barisan ketiga, cup holder, cargo floor box, dan ruang letak barang lain.

Manakala ruang infotainmen hadir dalam bentuk paparan 9′ yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto.

Antara ciri keselamatan ditawarkan adalah:

  • beg udara SRS
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake-Force Distributor (EBD)
  • Active Stability Control (ASC)
  • Brake Assist System (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Rest Reminder
  • Brake Override System (BOS)

Menariknya, MMM turut menawarkan pakej istimewa yang merangkumi All Around Monitor (ARM), Driving Video Recorder (DVR) dan kerusi kulit.

Sementara itu, pelanggan di Johor dan Perak boleh melihat Mitsubishi XPander dengan lebih dekat seperti dibawah:

  • 23-25 Oktober – Toppen Mall, Johor Bahru
  • 29 Oktober – 1 November – Ipoh Parade, Perak
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply