SPRM Sita 24 Kereta Mewah, Berkait Dengan Macau Scam

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita 24 kenderaan serta merampas wang tunai RM100,000 berhubung dengan kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada Macau Scam.

Difahamkan kesemua kenderaan mewah itu termasuk dua buah motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha adalah milik beberapa individu yang telah ditahan.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1705017343009302

Antara kenderaan mewah yang disita adalah sebuah Lamborghini, Chevrolet Camaro, Ford Mustang, Nissan GTR, Mercedes-Benz, Mazda RX-7, Subaru Impreza, Lexus, Audi R8, Toyota Vellfire, Nissan 350Z dan sebuah trak pikap jenis Ford Ranger.

Baru-baru ini, SPRM telah menahan beberapa individu termasuk seorang ‘Datuk’ yang disyaki menjadi ejen cuci duit di Malaysia.

Kemudian, beberapa pegawai kanan polis turut ditahan susulan didapati terlibat dengan kegiatan tersebut termasuk seorang pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Media tempatan melaporkan kegiatan cuci duit ini dijalankan dengan menggunakan populariti artis dan menjalankan aktiviti ‘cuci’ duit melalui usahama dan perniagaan sah.

Difahamkan, kegiatan cuci duit ini berjaya dikesan hasil risikan bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM. – HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply