Proton mengesahkan telah menerima lebih 20,000 unit tempahan Proton X50 meskipun harga rasmi model itu masih belum diumumkan.
Perkara itu disahkan sendiri Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah.
““Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,”jelasnya,
Setakat kini, Proton telah melaksanakan dua previu rasmi namun kedua-duanya tidak membabitkan sebarang pendedahan harga bagi model segmen-B ini.
Proton X50 ditawarkan dengan empat varian; Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan tiga varian pertama dilengkapi enjin 1.5T manakala 1.5TGDi hanya didapati pada model Flagship.
Enjin 1.5T tersebut menghasilkan 150hp dan 226Nm manakala 1.5TGDi menawarkan 177hp dan 250Nm.