Akhirnya rupa bentuk Honda Forza 750 didedahkan menerusi video ‘teaser’ ketiga dikongsikan.
Ketika Honda memuat naik video teaser pertama, hanya slogan ‘Forza family is getting bigger’ bagi memberi bayangan bahawa skuter maxi itu akan mendapat suntikan enjin lebih besar dipercayai nadi sama yang terdapat pada X-ADV dan NC750.
Kemudian, ‘teaser’ kedua memaparkan beberapa ciri yang ditawarkan Forza 750 menerusi paparan TFT, lampu LED (depan dan belakang) dan mod tunggangan.
Kini, berdasarkan teaser terbaru, rupa bentuk Forza 750 ini tampak lebih jelas.
Meskipun tiada info lanjut namun berdasarkan rupa bentuk, jelas terdapat elemen X-ADV terutamanya di bahagian swingarm di samping jentera ini dijangka mendapat transmisi DCT (namun tanpa opsyen manual.
Honda bakal merasmikan Forza 750 pada 14 Oktober ini.