Minyak Sintetik Penuh EMOS 7000E Penuhi Keperluan Motosikal MODENAS!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan siri minyak enjin sintetik penuh menerusi EMOS 7000E SAE 10W-50.

EMOS 7000E merupakan minyak enjin khas yang diformulasikan untuk motosikal jenis ‘street bike’ dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi.

Menurut MODENAS, minyak dengan standard API SN dan JASO MA2 ini ditawarkan pada harga RM62 sebotol (1 Liter).

Pengenalan kepada produk baharu ini merupakan antara inisiatif MODENAS dalam menawarkan minyak enjin terbaik kepada pemilik motosikal MODENAS>

Pelinciran yang berkualiti memastikan prestasi enjin terus berada di tahap optimum di samping mengekalkan ketahanan.

“Di MODENAS, kami mahu semua pelanggan kami memanfaatkan motosikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan memperkenalkan pelincir 100% sintetik ini, semua penunggang motosikal di luar sana akan dapat menikmati produk premium berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.

“EMOS 7000E bukan hanya akan memaksimumkan prestasi motosikal, tetapi juga memberikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dengan memberikan perlindungan dan kebersihan enjin yang sangat baik,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan.

EMOS 7000E ini boleh didapati di semua cawangan pusat servis MODENAS, MODENAS Service Plus termasuk di MODENAS Power Store Kota Damansara.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]