Kawasaki ZX-25R Versi Naked, Z-25R 2021?

Meskipun Kawasaki Indonesia baharu sahaja melancarkan ZX-25R bulan lalu namun sudah ada ura-ura terdapat versi naked yang akan diperkenalkan.

Perkara itu didedahkan rakan media di Indonesia, Iwanbanaran.com yang melaporkan terdapat imej sebuah jentera naked Kawasaki yang didakwa Z-25R tular di negara jiran itu.

Siapa yang tidak teruja sekiranya enjin 250cc 4-silinder itu akan diperkenalkan dalam varian Z.

Merujuk kepada imej yang dikongsi, Z-25R ini didatangkan dengan fork USD SSF BP Showa di samping kaliper brek 4-piston di bahagian depan.

Bagaimanapun, Iwanbanaran mendedahkan gambar tersebut hanyalah perkongsian imej ‘render’ oleh Julak Sendie Design di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CDSdSIbpCxi/?utm_source=ig_web_copy_link

Meskipun hanya sebagai imej ‘render’ namun mungkin perkara ini mungkin akan menarik perhatian Kawasaki untuk mempertimbangkan model seterusnya yang akan mengguna pakai platform enjin sama bagi varian naked. – Iwanbanaran

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]