Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan BMW bakal menghasilkan M3 versi wagon bagi model M3 generasi baharu.
Dakwaan itu bagaimanapun menjadi realiti apabila BMW memuat naik gambar ‘teaser’ yang memaparkan sebuah model M3 Touring wagon di laman Instagram BMW M dengan kapsyen “mic drop”!
Menerusi ‘teaser’ tersebut jelas menampakkan rekaan bumper baharu dengan diffuser agresif menampilkan empat ekzos.
Meskipun tiada info lain didedahkan namun dijangka BMW M3 Touring Wagon ini menawarkan spesifikasi sama seperti model sedan yang datang dengan enjin turbocharge 6-inline yang menghasilakn 480 hp bagi versi standard dan 510 bagi varian Competition.
Ketika ini, tiada maklumat bilakah BMW merancang untuk memperkenalkan varian wagon ini dan sama ada pasaran Malaysia akan dapat menyaksikan model ini satu hari nanti akan diketahui kemudian.
Ikuti perkembangan mengenai M3 Touring Wagon ini di MotoMalaya!