PROTON mengumumkan kempen khas bagi menawarkan graduan peluang untuk memiliki kereta pertama menerusi kadar pinjaman rendah Hire Purchase (HL).
Graduan yang berminat hanya perlu memiliki surat tawaran pekerjaan dan slip gaji satu bulan bagi melayakkan diri untuk pinjaman di bawah kempen Fresh Graduate ini.
Kadar ditetapkan serendah 2.98 peratus oleh Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB) dan merupakan kadar paling rendah ditawarkan dalam segmennya.
Kelayakan pemohon adalah seperti berikut:
- graduan (minimum diploma)
- berusia di antara 18 hingga 30 tahun
- gaji minium RM1,500
Graduan juga akan menikmati pengecualian cukai jualan seperti yang diumumkan kenderaan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PCSB, Mooi Fi Phang, kempen ini bertujuan membantu mereka yang baru memasuki alam pekerjaan.
“Pada masa sekarang, mobiliti adalah faktor penting bagi graduan yang baru sahaja memulakan pekerjaan. Kami yakin pakej ini akan membantu mereka memiliki kereta pertama dengan bayaran bulanan serendah RM239,” jelasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai PCSB layari www.protoncommerce.com