Kawasaki ZX-25R Dilancarkan Di Indonesia – Dari RM28,000!

Setelah beberapa tahun khabar angin mengenai kelahiran semula jentera 250cc 4-silinder daripada Kawasaki, pengeluar motosikal Jepun itu akhirya melancarkan ZX-25R dengan rasminya di Indonesia.

Sejak dipertontonkan buat julung kalinya ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki ZX-25R tak henti-henti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan.

Kini segalanya terjawab apabila Kawasaki Indonesia melancarkan ZX-25R dengan memperkenalkan dua varian.

Varian standard ditawarkan pada harga IDR 96,000,000 (RM28,344) sementara SE, IDR 112,900,000 (RM33,334).

Harga tersebut – sekiranya dipasarkan di Malaysia – meletakkan ZX-25R setaraf harga Ninja 400 ABS, Z400 SE ABS, Benelli TRK502, Honda CB500F, CBR500R dan CB500X.

Bagaimanapun, tarikan utama model ini adalah orang ramai tidak perlu menaik taraf lesen B2 bagi merasai enjin 4-silinder.

Sementara itu, Kawasaki Indonesia memperkenalkan empat warna, hijau lime, putih/hitam, hitam/biru dan hitam.

Menurut info yang dikongsikan, jentera ini – seperti jangkaan – menghasilkan sekitar 50.3hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Data itu sekaligus menjadikan ZX-25R lebih berkuasa berbanding KTM RC 390 termasuk Ninja 400.

Pada masa sama, versi SE menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • ABS (dual-channel)
  • KQS (Kawasaki Quickshifter Up/Down)
  • Pillion cover
  • Penghadang angin (smoke)
  • Frame slider

Kawasaki turut melengkapkan model ini dengan tangki 15L, fork USD dengan monoshock boleh laras (preload), kaliper empat pot dengan 310mm brek cakera depan dan 220mm belakang.

Model ini juga didatangkan dengan lampu LED, paparan separa digital dan immobilizer sekiranya berlaku kecurian.

Persoalannya, adakah kita bakal menerima ZX-25R bagi pasaran Malaysia?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]