Sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa pemulihan, kami sertai ‘ride’ bersama Big Boys Adventure (BBA) ke The Stick di Bukit Fraser.
Nature Ride merupakan antara inisiatif BBA dalam menghargai keindahan alam di samping menikmati jalan raya menuju ke Bukit Fraser.
Bergerak dalam kelompok kecil di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, konvoi – kurang 10 penunggang – diterajui ‘lead marshall’ Rusydi (Didi) Razali.
Konvoi kali ini membariskan pelbagai jenis jentera antaranya BMW R1200 GS, Moto Guzzi V85TT, Kawasaki Versys 1000 GT ABS, Ducati Hypermotard 950, Ducati Scrambler Icon 800, Aprilia Shiver 750 dan Triumph Street Triple.
Para penunggang di beri taklimat di Shell Sri Hartamas sebelum memulakan perjalanan menuju ke The Gap melalui Rawang kemudian melalui Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu.
Kemudiannya, menyelusuri Empangan Sungai Selangor dan menikmati pemandangan di samping sesi bergambar bersama keseluruhan konvoi.
Konvoi kemudiannya meneruskan tunggangan menyelusuri selekoh ikonik menuju ke The Gap Resthouse dan berehat sebelum patah balik menuju ke The Sticks untuk makan tengah hari dan mandi sungai selepas menempuh jarak lebih 170km!
Rata-rata ‘rider’ mendedahkan mereka gemar menyertai konvoi yang dikendalikan Diddy.
“Setiap konvoi yang dikendalikan Diddi sangat teratur. Dia memastikan kami semua bukan sahaja menikmati tunggangan yang selamat malah mengujakan,” jelas salah seorang ‘rider’.
BBA bukan sahaja merancang tunggangan dalam negara malah Didi turut pernah mengatur ‘ride’ ke Tanzania yang turut disertai beberapa ahli BBA ke Bukit Fraser!
Lokasi The Sticks merupakan destinasi terakhir bagi Nature Ride bersama BBA.
Menariknya, lokasi tersebut merupakan asing bagi kami kerana tiada siapa yang menyangka terdapat ‘retreat’ yang menarik di Sungai Sangloi.
Konvoi kemudiannya menikmati hidangan sebelum berehat dan meneruskan perjalanan pulang.
Sementara itu, bagi yang berminat untuk mengikut projek seterusnya bersama BBA boleh layari laman Facebook Big Boys Adenture di SINI!
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!