Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dilaporkan bakal ambil alih Chongqing Lifan Holding Ltd dengan menjadi pemegang saham terbesar dalam usaha menyelamatkan syarikat yang terpalit hutang itu.
Lifan – yang pada suatu ketika muncul peneraju motosikal di China – antara yang terjejas teruk susulan pandemik Covid-19 dan kini berdepan hutang lebih USD4.4 bilion (RM18.7 bilion)
Menurut laporan Reuters, Geely dan Lifan enggan mengulas mengenai laporan tersebut.
Lifan ditububhkan oleh usahawan, Yin Mingshan pada 1992 sebagai pengeluar motosikal sebelum mula menghasilkan kenderaan empat roda – Lifan 520 – pada 2006 yang dieksport ke Russia.
Dua tahun lalu, Lifan merekodkan kutipan 4 bilion yuan (RM2.4 bilion) apabila menjual tanah kepada kerajaan dan enjin Lifan Motors kepada syarikat kenderaan elektrik, Li Auto.
Berdasarkan laporan, Geely bercadang untuk memindahkan sebahagian daripada perniagaan kenderaan eletrik ke Lifan. – The Star
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!