Ducati Perkenalkan Hypermotard 950 RVE 2020

Kalau ada yang bercadang untuk meraikan tahun 2020 dengan Ducati Hypermotard 950, mungkin rancangan itu perlu ditangguh kerana Ducati baharu sahaja melancarkan Hypermotard 950 RVE.

Versi baharu ini mendapat perhatian umum apabila dipaparkan sebagai jentera konsep di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2019.

Model ini menampakkan grafiti yang menonjol dengan perkataan Hyper di samping dinaik taraf dengan quickshifter (DQS) yang didatangkan secara standard yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian SP.

Bagaimanapun, tidak seperti SP, RVE tidak dilengkapi dengan rim aluminium Marchesini dan penyerap tekanan Ohlins namun rekaan grafik itu sudah cukup membuatkan model ini menonjol.

Ducati Hypermotard 950 RVE masih lagi didatangkan dengan enjin 937cc V-Twin Testatretta 11° yang menawarkan 114hp dan 96Nm tork di samping ciri menarik lain antaranya Bosch Cornering ABS EVO, Ducatio Traction Control (DTV) EVO dan Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO.

Ketika ini, tiada maklumat rasmi sama ada varian RVE ini akan diperkenalkan di Malaysia namun orang ramai masih lagi mendapatkan varian standard pada haga RM75,900.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]