Legenda Porsche Hans Mezger Meninggal Dunia Di Usia 90 Tahun

Hans Mezger mengukir status legenda bukanlah sebagai pelumba sebaliknya diberi jolokkan itu sebagai jurutera Porsche.

Mezger telah pun bersama Porsche sejak 1956 sebaik menamatkan pengajian di University of Stuttgart.

Dia merupakan antara individu penting dalam program sulung Formula 1 Porsche pada 1960 sebelum bertanggungjawab mewujudkan enjin 901 enam silinder (flat) dengan penyejukan udara bagi generasi pertama 911.

Pada 1965, dia ditugaskan mereka kereta lumba untuk bertanding di Le Mans, dan hasilnya lahirlah 917 yang berkemampuan menjana 1,000hp menerusi jentera Can-Am yang disuntik sistem ‘turbocharged’.

Sentuhan Mezger seakan magis sehingga wujudnya jolokan ‘Enjin Mezger’ dikalangan peminat jenama kereta Jerman itu.

Bukan itu sahaja, antara kejayaan Mezger adalah menyumbang kepada penghasilkan enjin 1.5 liter ‘turbocharged’ V6 yang dibangunkan khas untuk pasukan McLaren F1 pada tahun 80an.

Enjin tersebut membantu McLaren merekodkan 25 kemenangan, dua kejuaraan pengeluar dan tiga kejuaraan dunia – Nicki Lauda pada 1984, dan Alain Prost pada 1985 dan 86.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]