Al-Kisah Zizan Razak Berguru Dengan Pengejar Impian Cub Prix





Tersebutlah kisah suatu cerita,
Zizan Razak nak timba ilmu ‘riding’ berharga,
Siapa lagi paling layak nak mengajar dia,
Melainkan rider Cub Prix kita.

Begitulah permulaan kisah pelawak terkenal Malaysia, Zizan Razak, yang tekad untuk meningkatkan ilmu tunggangan.

Bagi seorang ‘rider’ YSuku, menghafal keadaan jalan sepanjang 45 kilometer Lebuhraya Persekutuan mungkin mudah tapi kalau jadi ‘rider’ sejati, kena kenal luar dalam semua jenis litar termasuk ‘off-road‘.

Selepas letih berjalan mendaki,
Zizan tiba di Most Fun Gym sendiri,
Tak sabar nak kotorkan diri,
Sesi berguru dengan rider Cub Prix.

Belum sempat Zizan ambil nafas, tiga pelumba Cub Prix dah tercegat nak turunkan ilmu tapi apa yang Zizan tak tahu, Ahmad Afif Amran, Muhammad Haziq Muhammad Fairues dan Muhammad Akid Aziz ada TIGA aturan wajib ikut.

Kalau korang juga nak belajar cara-cara untuk meningkatkan kemahiran menunggang motosikal, kenalah ikuti tips-tips dalam video ini. Percaya atau tidak, belajar menunggang ‘off-road’ sangat membantu dalam memperbaiki tunggangan sebab itu pelumba MotoGP selalu layan ‘off-road‘.

1. Teknik Membrek

Aturan wajib di litar lumpur,
Akid guru pertama nak kongsi kisah,
Teknik membrek paling termasyhur.
Boleh buat lawan menangis darah.

Tak cukup dengan tiga aturan, Zizan perlu patuh dengan tiga syarat utama membrek. Kemahiran membrek ini adalah antara perkara paling penting yang korang akan belajar apabila mulai belajar menunggang motosikal.

Pertama, kedudukan badan perlu berada dalam keadaan menegak bagi memastikan pusat graviti ketika membrek berada dalam keadaan stabil. Korang wajarlah elak sengetkan badan semasa menunggang.

Kedua, jangan brek sehingga tayar depan terkunci lalu menyebabkan kemalangan seperti ‘lowside’. Kita kena tahulah cara membrek menggunakan brek depan dan belakang dengan betul. Ia dapat membantu mengawal kestabilan motosikal. Kalau korang kerap berhadapan masalah ini, boleh cuba berlatih membrek tayar depan dan belakang.

Ketiga, elak daripada membrek terlalu kuat sehingga tayar belakang terangkat supaya tidak mencetuskan kemalangan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan motor sebab tekanan tayar depån lebih besar berbanding tayar belakang.

2. Kawal Pecutan

Selepas mahir syarat pertama,
Zizan beralih ke guru kedua,
Haziq turun dengan ilmu di dada,
Kawal pecutan kemahiran dia.

Dalam perlumbaan setiap saat adalah getir, terutamanya ketika hendak memulakan perlumbaan.

Insiden tayar ‘spin’ atau tayar depan terangkat boleh menyebabkan kehilangan cengkaman lantas kehilangan masa.

Malah, aksi ‘wheelie’ juga bukan sekadar menghilangkan masa berharga tetapi boleh menyebabkan kemalangan ngeri. Sebab itulah pelumba MotoGP pun tak sibuk nak ‘wheelie’!

3. Kawal Pengambilan Selekoh

Tiba masa syarat terakhir,
Nak lengkap sudah ilmu rider Zizan,
Tinggal nak ambil selekoh selembut air,
Oleh guru ketiga Afif Amran.

Aspek paling penting dalam nurani pelumba motosikal adalah menguasai selekoh.
Mahir dengan syarat pertama, pengambilan selekoh akan jadi mudah.

Brek sebelum tiba di selekoh kemudian kembali membuka ‘throttle’ sebaik nak keluar dari selekoh bagi mencapai cengkaman dan pecutan terbaik.

Kedua-dua faktor ini perlu dilaksanakan secara lembut dan tidak terlalu memaksa agar pengambilan selekoh berlaku dengan efisien.

Zizan Razak berjaya lengkap tiga syarat,
Dengan bantuan guru pilihan,
Ilmu tunggangan Zizan kini lebih kuat,
Dengan kehadiran PETRONAS Pengejar Impian.

Demikian kisah Zizan Razak bersama PETRONAS #PengejarImpian mendalami ilmu menunggang secara profesional dan selamat. Nak jadi yang terbaik perlu menuntut daripada individu hebat.

Kalau nak sertai Zizan dalam misi menyempurnakan tiga syarat oleh pelumba Cub Prix, layan video di atas!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply