Indonesia Ketepikan India Jadi Pasaran Terbesar Honda

Meskipun pasaran motosikal dunia terkesan susulan pandemik Covid-19 namun penurunan tersebut berjalan secara perlahan terutamanya bagi pengeluar motosikal Jepun, Honda.

Sebelum ini, India muncul sebagai pasaran terbesar Honda namun dipintas Indonesia bagi tahun 2020.

Berdasarkan Tahun Kewangan (FY) 2020, Indonesia merekodkan penjualan 4.85 juta unit memintas India dengan 4.7 juta unit.

Meskipun kedua-dua angka tersebut merupakan penurunan daripada FY2019 namun penjualan Honda di Indonesia tetap melebihi pasaran India sekitar 150,000 unit.

Antara faktor penurunan penjualan di India melibatkan pengenalan kepada piawaian emisi BS-6 yang telah memberi kesan kepada kenaikan harga dan kos insurans di samping pandemik Covid-19 yang memberi impak terhadap kuasa pembeli.

Bagaimanapun, Honda Motorcycle & Scooter India (HMSI), YS Guleria kekal optimis dengan penjualan jenama itu di India dengan lebih 10,000 unit telah pun terjual seminggu selepas sekatan dibuka. – Money Control

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]