Kawasaki Vulcan Bakal Dapat Suntikan Enjin Supercas!

Kalau dakwaan timbul daripada pihak lain mungkin kami sendiri akan menganggap laporan itu sebagai bicara kosong tetapi jika sumber itu datangnya dari Young Machine, lain pula ceritanya.

Majalah dua roda dari Jepun itu melaporkan Kawasaki bakal memperkenalkan Vulcan dengan enjin H2 supercas (supercharge) 1000cc!

Imej render yang dikongsikan memberi bayangan rupa Vulcan dengan enjin supercas tersebut termasuk corong udara ikonik yang terdapat pada jenter supercas Kawasaki lain seperti H2 dan H2SX.

Sementara aspek lain mengekalkan elemen cruiser yang terdapat pada model Vulcan sebelumnya.

Bagaimanapun, sekiranya dakwaan Young Machine betul (mereka jarang membuat dakwaan yang salah), Vulcan dengan enjin supercas bakal muncul sebagai motosikal cruiser paling berkuasa – tatkala enjin H2 tersebut berupaya menghasilkan lebih 200hp.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]