Bodo Chronus, Kereta Elektrik Popular Di China Masuk Pasaran Eropah

Bukan salah ejaan ataupun ‘typo’, Bodo merupakan jenama kereta elektrik berkuasa rendah yang popular di China.

Menurut laporan Wall Street Journal, kereta elektrik ini merupakan jenis Low Speed Electric Vehicle (LSVE) dan cukup popular di negara tersebut sebagai kenderaan jarak dekat.

Dikenali sebagai Bodo Chronus (kami dah ‘check’ beberapa kali memang itulah namanya), kereta ini tidak memerlukan lesen untuk dipandu dan hanya boleh merekodkan kelajuan maksima sekitar 69 km/j sahaja.

Bodo mendakwa Chronus dikuasakan dengan motor 7.5kw dan menawarkan 10hp dan didakwa mampu pergi sejauh 120 kilometer dengan setiap caj penuh.

Bodo juga telah pun  memecah pasaran Eropah menerusi Cyprus, Bulgaria, Malta dan Greece sekaligus membuktikan mereka sebenarnya agak bijak.

Bagaimanapun, meskipun tampak sebagai kereta murah, Bodo Chronus ditawarkan sekitar EUR12,900 (RM61,000).  Terkejut? Kami pun sama.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]