Operasi Kaunter JPJ Kembali Sepenuhnya Bermula 18 Mei

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali beroperasi sepenuhnya termasuk di cawangan Pos Malaysia bermula 18 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan ketika ini semua kakitangan JPJ sedang membuat persiapan untuk kembali beroperasi.

Kaunter JPJ akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (hari bekerja) dan dari 8 pagi hingga 1 tengah hari (hujung minggu) selama tujuh hari seminggu bagi memastikan segala urusan yang tertangguh sebelum ini diselesaikan sehingga diberitahu.

Sementara itu, setiap kaunter hanya akan menerima bayaran tunai dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sementara selebihnya untuk bayaran secara e-tunai.

Bagaimanapun, Dr Wee mengingatkan orang ramai bahawa pengecualian pembaharuan lesen memandu dan menunggang motosikal masih lagi berkuatkuasa.

Sebelum ini, kaunter JPJ hanya dibuka bagi urusan kenderaan komersil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – The Star

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply