Logo Baharu Volkswagen Diperkenalkan Di Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan penggunaan logo baharu Volkswagen di setiap pengedar dan fasiliti seluruh negara.

Pengeluar kereta Jerman itu telah pun memulakan penggunaan logo baharu tersebut sejak tahun lalu dengan lebih 70,000 logo di 10,000 pengedar dalam 171 pasaran dunia telah pun dilaksanakan.

Visual baharu ini menampakkan perbezaan paling ketara berbanding logo sebelumnya yang kini mencerminkan aplikasi digital dan elemen kemanusiaan.

Bukan itu sahaja, logo baharu ini turut menampilkan perubahan terhadap imej, tipografi, warna dan susun atur.

Simbol baharu ini tampil lebih moden dan sederhana dengan elemen rata dan dua dimensi sekaligus sesuai dengan arus digital semasa.

“Kami sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif digital baharu termasuk menjual kereta menerusi platform e-dagang dan melancarkan pusat pameran digital.

“Kami juga mengenal pasti kepentingan memfokuskan terhadap pelanggan jadi perubahan baharu ini melengkapkan lagi transformasi kami.

“Prinsip baharu ini akan mengorak masa depan yang lebih baik dalam menghasilkan pengalaman terbaik untuk pelanggan Volkswagen,” jelas Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Difahamkan, lebih 21 pengedar akan menjalani perubahan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan ini termasuk laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply