10 Motosikal Buatan China Ini Selamba Tiru Rekaan Jenama Lain

China sememangnya terkenal sebagai negara yang dikaitkan dengan produk tiruan daripada barangan aksesori sehinggalah ke automotif.

Jentera dua roda juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa produk tiruan di negara dengan penduduk lebih 1.3 bilion itu.

Beriktu 10 motosikal yang secara terang-terangan meniru rekaan jenama motosikal lain:

10. Skyteam YCF Urban

Sekali pandang, langsung tak tumpah seperti Honda Grom (MSX125) namun penggunaan bahan murah jelas kelihatan sekaligus menjadikan model ini jauh berbeza daripada Grom.

Harga: Sekitar RM5,000

9. Jiajue R15

Tengok pada nama sudah cukup menjelaskan Jiajue R15 ini mendapat ‘inspirasi’ daripada Yamaha R15 namun rekaan lampu depan pula tampak seiras CBR150R.

Harga: Sekitar RM9,000

8. Jonway JJ250

Model ini merupakan produk tiruan BMW F650CS namun menawarkan enjin 250cc. Penggunaan bahan plastik murah jelas melitupi keseluruhan bahagian motosikal. Nampak ada yang tak kena dari depan hingga belakang. (Hakikatnya, rekaan BMW F650CS sendiri nampak tak sekata.)

Harga: Tak dapat dipastikan

7. Jiajue C8 150

Ini bukan lagi tiruan tetapi boleh dianggap sebagai motosikal klon.

Tekaan yang tepat, Jiajue C8 menawarkan motosikal ‘beginner’ yang lebih mampu milik, lebih perlahan (top speed hanya 90km/j) dan kurang selamat berbanding KTM Duke 200. Slogan mereka, Jiajue ‘Ready To Jog’.

Harga: Sekitar RM6,000

6. Kengo R350

Segala aspek rekaan motosikal ini melaung nama Kawasaki Ninja 250. Menariknya, ‘redline’ RPM diletakkan pada 15,000rpm tetapi hanya mampu melakukan 8,500rpm.

Lagi tak masuk akal, adalah harga yang ditawarkan.

Harga: Sekitar RM22,000

5. Kengo X350

Model ini pula merupakan Kengo R350 versi naked – atau Kawasaki Z250. Rekaan tampak sama tapi prestasi jauh berbeza.

Maklumat dan spesifikasi model ini juga sukar dijumpai.

Harga: Tak dapat dipastikan

4. Jiajue 400

Bukan hanya rekaan malah pilihan warna juga merupakan klon daripada Kawasaki Z1000 tetapi menghasilkan 116hp lebih rendah (Z1000 menawarkan 136hp, Jiajue 400 hanya 20hp).

Harga: Sekitar RM9,000

3. Winjan WJ300

Adik tiri Ducati Streefighter lain ibu lain ayah lain kilang dan lain negara.

Harga: Sekitar RM10,000

2. Lifan Hunter 125

Pilihan murah bagi yang meminati rekaan Ducati Scrambler Icon 800. Lifan Hunter didatangkan dengan enjin 125cc.

Harga: Sekitar RM7,200

1. WONJAN WJ300GS

Jika Winjan WJ300 merupakan klon Streetfighter, WJ300GS ini pula model tiruan bagi Ducati 1098.

Wonjan menyifatkan model ini sebagai karya agung dan mampu mencatat kelajuan maksima sekitar 115km/j.

Harga: Sekitar RM11,500

Apa pendapat anda mengenai model buatan China di atas? Kongsikan pendapat diruangan komen.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]