BMW Dalam Perancangan Hasilkan M 1300 GS?

BMW Motorrad telah pun mendaftar nama M 1300 GS, M 1000 RR dan M 1000 XR sebelum ini.

Ini sekaligus memberi bayangan mereka dalam perancangan menghasilkan jentera berprestasi tinggi berbanding model sedia ada.

Apa yang signifikan tentang huruf ‘M’ tersebut? Bagi yang mengekori perkembangan BMW, ‘M’ merujuk kepada divisyen kenderaan berprestasi tinggi.

Meskipun ‘M’ hanya diguna pakai kepada kenderaan empat roda BMW namun pengeluar motosikal Jerman itu didakwa bakal meneruskan perancangan menghasilkan sebuah M 1300 GS.

Imej yang dikongsikan di atas merujuk kepada gambar ‘render’ yang telah dihasilkan oleh Kardesgin.

Meskipun sekadar imej ‘render’ namun Kardesign mendedahkan menerusi perkongsian di laman Facebook bahawa jentera konsep itu direka khas untuk majalah BMW Motorrad lantas membuktikan model tersebut bukan sekadar satu imaginasi liar.

BMW M 1300 GS dijangka akan diinspirasikan daripada R 1250 GS dan didatangkan dengan enjin boxer dengan teknologi ShiftCam.

Bagaimanapun, disebabkan membawa nama ‘M’, model ini dijangka lebih ringan lebih berkuasa dan didatangkan dengan pelbagai elemn gentian fiber.

Berdasarkan imej Kardesign, M 1300 GS berkonsepkan motosikal sport-touring dengan kaliper brek Brembo Stylema, rim depan 17 inci dan fork USD.

Sementara rekaan lampu depan menggayakan bentuk S 1000 XR.

Ketika ini masih tiada pengesahan bilakah BMW Motorrad bakal memperkenalkan ketiga-tiga model (M 1300 GS, M 1000 RR dan M 1000 XR) ini namun melihatkan kepada mereka telah pun mendaftar ketiga-tiga nama tersebut, kemungkinan segalanya kini dalam peringkat perancangan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]