Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.
Perlaksanaan PKPB menyaksikan hampir semua aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan namun perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan Covid-19.
Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan 23 aktiviti yang TIDAK DIBENARKAN berlangsung semasa PKPB.
1. Hiburan
- panggung wayang
- pusat karaoke
- taman tema
- muzium
- busking
2. Perayaan dan Perhimpunan
- perarakan agama
- solat berjemaah di masjid/rumah ibadat
- sambutan hari ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)
- sambutan Hari Raya kecuali bersama ahli keluarga terdekat
3. Persidangan dan Pameran
- pameran kerjaya
- pameran perkahwinan
- promosi dan pakej pelancongan
- karnival jualan
- semua jenis persidangan melibatkan kumpulan ramai
4. Pendidikan
- sukan semasa sekolah
- aktiviti kokurikulum
- perhimpunan sekolah
- sebarang acara yang melibatkan lebih 10 orang
5. Sukan
- pertandingan yang akan melibatkan perhimpunan penyokong
- sukan indoor termasuk gim
- kolam renang
- contact sports
6. Aktiviti Sosial
- kenduri
- majlis perkahwinan dan sebagainya
7. Pengangkutan
- kapal persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
- bilangan pelanggan terlalu ramai\
- bazar Ramadan
- bazar Hari Raya Aidilfitri
9. Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/Hostel/Asrama Pekerja
- terima pelawat
- bersosial dan bersukan berkumpulan
- solat berjemaah/aktiviti ibadah
10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina)
- Menjalankan kerja lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen
- Mencuba baju/fitting
12. Dobi Layan Diri
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan Secara Bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Agrikomoditi
15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
17. Pengurusan Perhutanan
- eko-pelancongan hutan
- latihan perhutanan
18. Perlombongan dan Pengkuarian
19. Perladangan dan Pertanian
- hari bertemu pelanggan
- hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
- pesta makan buah-buahan
- kursus/seminar
- konvokesyen Institut Pertanian
- lelongan jualan produk ternakan
20. Perikanan
- aktiviti perikanan rekreasi
- pusat taman laut, pameran dan akuarium
21. Seni Kreatif
- penggambaran filem
- acara/konsert/program melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan dan Kesenian
- Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
Penggunaan fasiliti (Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet))
Apa pendapat anda mengenai norma baharu (new normal) yang diperkenalkan bagi PKPB bermula 4 Mei ini? Kongsikan pendapat anda.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]