Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu, orang ramai memilih untuk membuat pesanan makanan atas talian.
Tidak hairanlah, penghantar makanan dianggap sebagai petugas barisan hadapan di saat orang ramai duduk di rumah dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Zaff Wong memuat naik video memaparkan dugaan yang ditempuh seorang rider GrabFood yang terpaksa meredah laluan banjir bagi memastikan pesanan pelanggan dipenuhi.
Ya Allah kau murahkan lah rezeki abang grab ni ya Allah.Permudahkan lah urusan dia .Aminnnn pic.twitter.com/PdI57WzW8z
— Zaff Wong #StayAtHome (@WongZaff) April 23, 2020
Ini membuktikan, tugas sebagai penghantar makanan bukan mudah apatah lagi terpaksa menempuh cuaca panas dan hujan di samping berdepan risiko Covid-19.
Dalam perkembangan sama, GRAB turut mengambil inisiatif dengan menawarkan topeng muka kepada semua rider menerusi GrabBenefits.
Pada masa sama, Grab turut menyediakan perlindungan sehingga RM1,000 menerusi Partner Protection Fund bagi membantu pekerja yang didapati positif Covid-19 atau terpaksa dikuarantin 14 hari.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!