Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 28 April kini dilanjutkan sehingga 12 Mei.
Pengumuman tersebut dibuat sewaktu perutusan bulan Ramadan oleh Perdana Menteri yang akan bermula esok.
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin turut menjelaskan bahawa tempoh tersebut mungkin akan dilanjutkan bergantung kepada situasi.
PKP telah pun berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 yang ketika ini telah merekodkan sejumlah 5,603 kes positif (3,532 sembuh) dengan 95 kematian.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan akan melaksanakan kelonggaran PKP sekiranya situasi Covid-19 dalam negara semakin bertambah baik.