Agensi Polis Thailand menerima keluarga baharu dikalangan kereta peronda apabila menerima tujuh unit Tesla Model 3.
Difahamkan, tujuh unit Model 3 itu dipinjamkan untuk lima tahun dan menelan belanja lebih USD2.7 juta (RM11 juta) atau USD385,714 seunit.
Ketujuh-tujuh unit tersebut telah pun selamat tiba di ibu pejabat polis Thailand di Dusit, Bangkok dan dilengkapi kelengkapan polis antaranya komputer dan siren.
Difahamkan, penggunaan kereta Tesla menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan kereta polis susulan kos penjagaan yang rendah sekaligus mengurangkan penggunaan duit pembayar cukai.
Tidak hairanlah, penggunaan kereta Tesla sebagai kereta peronda turut dilaksanakan beberapa jabatan polis di Amerika Syarikat antaranya Fremont, Bargersville, dan Westport. – driveteslacanada
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI