Aprilia bakal perkenalkan motosikal segmen ‘adventure’ Terra 250 menerusi gambar intipan daripada kilang Zongshen di China.
Zongshen merupakan rakan kerjasama Aprilia di China yang turut bertanggungjawab menghasilkan Aprilia GPR250 sebelum ini.
Difahamkan, Terra 250 didatangkan dengan enjin sama yang terdapat pada GPR250 dan CFMoto 250Nk yang menjana 26hp dan 22Nm pada 6,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan 140 km/j.
Rupa keseluruhan model baharu ini menunjukkan bahawa Terra 250 direka untuk keupayaan ‘off-road’ dengan kerangka split cradle, fork depan teleskopik, monoshock belakang, rim spoke (18′ depan dan 17′ belakang) dan tayar knobby.
Menurut laporan, gambar intipan tersebut memaparkan unit standard dan mungkin ada varian dengan spesifikasi yang lebih tinggi.
Persoalan sama ada model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia belum dapat dipastikan namun Terra 250 pastinya dapat menarik peminat motosikal ADV.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!