Ribuan Pemandu Dan Penunggang Cuba Menyeberangi Jambatan Pulau Pinang

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki hari keenam semalam namun masih ramai pengguna jalan raya yang ingkar terutamanya mereka yang berada di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tindakan mereka tidak kesampaian tatkala disekat pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Hanya segelintir yang dibenarkan melepasi sekatan susulan mempunyai alasan kukuh sementara ribuan lagi diarahkan untuk patah balik selaras dengan PKP yang dikuatkuasakan.

Menurut laporan The Star, sekatan jalan tersebut turut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan tatkala ramai yang cuba mengakses jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Soffian Santong menjelaskan sekatan jalan itu bukan bertujuan menyusahkan orang ramai sebaliknya mahu memastikan pelaksanaan PKP berjalan sepertimana yang dikuatkuasakan kerajaan dalam usaha membendung Covid-19.

“Kami mengharapkan orang ramai mematuhi peraturan dan tidak kemana-mana tanpa alasan kukuh.

“Duduk dirumah, dengan cara ini kami dapat meminimumkan kesesakan jalan,” tegasnya.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply