Jangan Penting Diri- Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, menggesa orang ramai untuk tidak mementingkan diri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan melaksanakan PKP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang telah pun diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Meskipun PKP telah pun memasuki hari ketujuh hari ini namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang degil tatkala terdapat 10 peratus – atau 3 juta – yang ingkar.

“Kita tidak boleh penting diri. Duduk rumah dan tunggu tindakan seterusnya oleh pihak kerajaan, sama-sama kita boleh membendung penularan Covid-19,” tegas Hafizh.

Hafiz yang ketika ini berada di rumah selepas beraksi di aksi pembukaan Moto2 di Qatar sebelum kalendar MotoGP 2020 turut ditunda susulan Covid-19 menggunakan peluang sedia ada untuk membuat senaman di rumah.

“Saya hanya cuba memastikan kesihatan dan tubuh badan berada dalam keadaan baik,” tambahnya.

Menurut kalendar terkini MotoGP, aksi pembukaan tirai akan dibawa ke Litar Jerez pada Mei seandainya Covid-19 berjaya ditangani.

(SUMBER: NST)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply