Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu, masih terdapat orang awam yang mengabaikan arahan tersebut.
Terdapat beberapa perkongsian video yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan terdapat orang awam termasuk peniaga yang tidak mengendahkan arahan.
Meskipun seramai 8,600 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun dikerahkan sepertimana yang disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Bagaimanapun, bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan berjalan dengan efisien dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turun membantu pihak polis bermula Ahad ini.
Langkah itu turut mendapat sokongan netizen yang beranggapan penglibatan ATM adalah wajar dalam mengekang sesetengah individu yang masih bersikap sambil lewa.
Sehingga hari ini, sebanyak 1,030 individu telah pun disahkan menghidap Covid-19 dengan lebih 1455 dalam siasatan sementara tiga lagi telah pun meninggal dunia.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!