Tiga kali juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo menggesa orang ramai untuk duduk di rumah sepertimana yang diarahkan pihak berkuasa dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Dia memuat naik pesanan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B9zMGHLl_lh/
“Kita sedang menghadapi situasi yang sukar, apa yang berlaku ketika ini adalah baru bagi kita semua.
“Tetapi disebabkan sifat jahil, kita telah membuatkan situasi ini lebih parah.
“Ketika ini dengan segala informasi dan arahan yang telah disalurkan, kita seharusnya bertindak dengan betul. Sentiasa berada di rumah dan hanya keluar bila perlu mendapatkan barangan keperluan,” jelasnya.
Lorenzo kini berada di Dubai dan dia menggesa orang ramai untuk mengutamakan kesihatan dan paling penting untuk berada di rumah.
“Apa yang berlaku ini tidak boleh di ambil mudah, ambil contoh apa yang berlaku di China, mereka kini mengambil serius masalah ini dan kini mereka sedang mengawalnya,” jelasnya.
(SUMBER: Crash.net)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!