Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Honda Malaysia membuat keputusan untuk memberhentikan operasi kilang di Pegoh, Melaka.
Kilang tersebut akan kembali beroperasi pada 1 April 2020.
Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut malam tadi sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 574 kes Covid-19 dengan 811 masih lagi dalam siasatan sementara 42 lagi telah disahkan sembuh berdasarkan info yang boleh didapati di outbreak.my.
Kilang Honda kini mempunyai dua saluran pemasangan selepas saluran pertama bermula operasi pada 2003 sebelum saluran kedua diperkenalkan pada 2014.
Kilang tersebut kini mampu menghasilkan 300,000 unit kenderaan dalam tempoh tiga tahun berbanding 11 tahun yang diperlukan bagi mencapai angka sama sebelum ini.
Honda Malaysia kini menghasilkan tujuh model melibatkan l Accord, City, Civic, CR-V, Jazz, HR-V dan BR-V.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!