Kawasaki ZX-25R: Pasaran Indonesia Terima Tempahan April Ini!

Jentera yang paling mencuri tumpuan sejak tahun lalu, Kawasaki ZX-25R akhirnya bakal menerima tempahan bermula April ini bagi pasaran Indonesia.

Jentera tersebut pada awalnya dijadualkan untuk dilancarkan di Kawasaki Bike 2020 pada 4 April namun dibatalkan gara-gara Covid-19.

Bagaimanapun, penerimaan tempahan tetap diteruskan dengan jentera tersebut akan ditayangkan di Kawasaki Indonesia pada tarikh sama.

Pengesahan itu dibuat sendiri pihak Kawasaki Indonesia seperti yang dilaporkan iwanbanaran.com.

Kawasaki ZX-25R mencuri tumpuan tatkala menawarkan enjin 250cc dengan empat silinder berbanding dua silinder yang ditawarkan jentera lain dalam pasaran ketika ini.

Kawasaki Indonesia turut memuat naik video memaparkan pelumba Kawasaki Racing Team (KRT), Jonathan Rea dan Alex Lowes menunggang uji ZX-25R tersebut.

Dalam perkembangan lain, Modenas bakal melaksanakan beberapa penjenamaan semula jentera Kawasaki bawah 700cc selepas meterainya kerjasama Kawasaki Heavy Industries (KHI) yang kini memiliki pegangan saham 30 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Roslan Roskan, lapan jentera akan diperkenalkan tahun ini.

Adakah pihak yang bertanggungjawab untuk membawa masuk Kawasaki ZX-25R kini digalas Modenas?

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]