Benelli TNT135SE kini didatangkan dengna warna baharu bagi tahun 2020.
Pengedar jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd memperkenalkan warna Striking Green bagi motosikal segmen fun bike itu.
Benelli TNT135SE didatangkan dengan enjin 135cc yang mematuhi emisi EURO 4 dan menjana 13hp pada 9,000rpm.
Mengekalkan tangki 7.2 liter, TNT135SE merupakan motosikal jenis fun bike dengan tangki terbesar dalam segmennya berbanding dengan Honda MSX125 (Grom) dan Monkey.
Pada masa sama, TNT135SE turut mengguna pakai fork upside down (USD) 41mm sepertimana yang terdapat pada jentera Benelli lain yang lebih besar.
Versi baharu ini turut didatangkan dengan cakera brek 220mm bersama kaliper dua piston di hadapan.
Bagi tahun 2020, dua varian ditawarkan:
- varian standard – RM8,190
- varian Special Edition – RM10,008
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!