Moto2: Vierge-Dixon Sedia Angkat Nama PETRONAS Sprinta Racing

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Xavi Vierge dan Jake Dixon sedia memulakan kempen Moto2 2020 di Litar Losail, Qatar hujung minggu ini.

Saingan Moto2 bakal menjadi tumpuan utama minggu ini tatkala aksi kelas premier MotoGP dibatalkan disebabkan kerajaan negara itu mewajibkan setiap pengunjung luar untuk dikuarantin sehingga 2 minggu susulan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Vierge tidak terkesan dengan situasi semasa tatkala mahu meneruskan aksi konsisten yang dipamerkan hujung minggu lalu ketika ujian pra-musim.

Meskipun 2020 merupakan tahun pertama bagi Vierge bersama PETRONAS Sprinta namun dia tidak kekok susulan sudah biasa dengna chasis Kalex dan penggunaan enjin Triumph.

“Saya sangat gembira dengan ujian pra-musim terutamanya terhadap kru dan pasukan ini. Setiap hari prestasi saya meningkat dan segalanya tampak positif.

“Saya tak sabar untuk beraksi hujung mini ini kerana perlumbaan kali ini unik dan istimewa. Tetapi apa yang penting adalah menamatkan perlumbaan kerana musim yang panjang menanti,” jelas Vierge.

Malangnya, nasib sama tidak menimpa Dixon yang mengalami kecederaan jari ketika ujian pra-musim di Jerez.

Dia tidak dapat melakukan ujian optimum sebaliknya terhad kepada proses penyesuaian terhadap jentera baharu.

Bagaimanapun, Dixon kekal positif dalam melakar keputusan baik pada Ahad.

“Ujian pra-musim di Qatar tidak sebagus diharapkan tetapi bagi saya ketika ini adalah menyesuaikan diri dengan jentera. Saya tidak bimbang kerana saya tahun aspek yang saya perlu fokuskan.

“Disebabkan aksi MotoGP dibatalkan jadi perlumbaan kami akan bermula di sebelah petang, saya berharap kami akan dapat melakar keputusan positif,” katanya.

Aksi Moto2 bakal menjadi tumpuan utama di litar sepanjang 5.4km itu susulan pembatalan kelas premier.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]