Honda Malaysia melancarkan Civic dan Accord serba baharu yang menampilkan teknologi Honda Sensing, hari ini.
Honda Civic generasi ke-10 ini merupakan model Honda pilihan rakyat Malaysia yang telah pun mendominasi 72 peratus pasaran 2019.
Ketika ini, Civic generasi ke-10 ini merupakan paling popular dalam segmen-C tatkala lebih 48,000 unit telah pun terjual sejak dilancarkan empat tahun lalu.
Bagi tahun 2020, tiga varian Civic ditawarkan – 1.8S, 1.5TC dan 1.5TC-P.
Apa yang baru bagi model CIVIC 2020?
Penambahbaikan paling ketara adalah teknologi Honda SENSING bagi varian 1.5TC-P yang merangkumi ciri seperti berikut:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Low Speed Follow (LSF)
- Auto High Beam (AHB)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Road Departure Warning (RDM
- Lane Keep Assist System (LKAS)
Dalam fahaman mudah, Honda SENSING merupakan ciri keselamatan futuristik dan canggih yang menawarkan pemanduan lebih selamat kepada pemandu dan penumpang.
Menariknya, Civic serba baharu ini juga merupakan model buatan Jepun pertama yang dipasang seluruhnya di Malaysia dan didatangkan dengan ciri keselamatan terkini.
Seperti model sebelumnya, versi 2020 ini juga dikuasakan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menjana 170hp dan 220Nm.
Honda CIVIC 2020 boleh didapati dengan harga:
1.8S – RM113,600
1.5TC – RM129,600
1.5 TC-P – RM139,600
Sementara itu, Honda Accord 2020 terus mengangkat taraf segmen D dengan ciri elegan dan prestasi terbaik termasuk ciri keselamatan menerusi Honda SENSING.
Versi 2020 ini didatangkan dengan rekaan yang lebih luas namun dengan bumbung yang lebih rendah bagi menampakkan ciri sporty namun elegan.
Didatangkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharge yang menjana 198.25hp dan 260Nm.
Bahagian kemasan dalam pula menerapkan falsafah “Man-Maximum, Machine-Minimum”, sekaligus meletakkan Accord 2020 ini dalam kelas tersendiri terutamanya dengan penggunaan kulit di bahagian tempat duduk.
Terdapat beberapa inovasi teknologi diperkenalkan buat julung kalinya antaranya:
- Tempat duduk 4-way Assistant Power Seat dengan Shoulder Switch
- Wireless Charging
- Driver Seat Memory
- Driver Attention Monitor
- Walk Away Auto Lock
- Remote Engine Start
- Skrin paparan 8-inci dengan Advanced Display Audio
- Paparan meter TFT 7-inci
Seperti Civic, Accord generasi ke-10 ini turut mendapat rating ASEAN NCAP lima bintang dengan bantuan sistem keselamatan Honda SENSING.
Honda Accord serba baharu ini ditawarkan pada harga:
1.5TC – RM185,900
1.5TC-P – RM195,900
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!