Bagi memudahkan pengalaman selepas jualan pelanggan, PROTON melancarkan Pusat 3S baharu di Puchong.
Terletak di Bandar Bukit Puchong dan mudah diakses melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Pusat 3S ini menelan belanja lebih RM2.5 juta dan menawarkan pelbagai kemudahan antaranya, pusat servis, ruang pameran, port mengecas laptop, Wi-Fi percuma dan sebuah coffee bar.
Sehingga kini, PROTON memiliki sejumlah 120 pusat 3S dan 4S yang merupakan paling banyak di Malaysia.
“Selain daripada menawarkan produk pelbagai, kekuatan sesebuah syarikat terletak pada jaringan yang ada. Inilah sebabnya PROTON meletakkan fokus terhadap memperkembangkan jaringan ini bagi mendekatkan pelanggan dengan kami.
“Untuk itu kami berasa bangga kerana pelanggan lebih berminat untuk memilih PROTON sebagai jenama utama ketika membuat pembelian kenderaan.
“Kami telah menjual lebih 100,821 kereta pada 2019,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato Radzaif Mohamed.
Pusat 3S terbaru itu dilancarkan boleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan disaksikan oleh Exco Selangor, Ng Sze Han.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Youtube dan Instagram!