Vios Challenge: Tengku Djan Kuasai Pusingan Pertama Super Sporting

Pusingan pertama Vios Challenge kategori Super Sporting berakhir dengan menyaksikan Tengku Djan Ley meneruskan dominasi di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selaku pendahulu kejuaraan, Tengku Djan mempamerkan dominasi sepanjang perlumbaan dan langsung tidak tergugat meskipun berlaku kemalangan ketika di awal perlumbaan sehingga memaksa safety car untuk keluar.

Pelumba pasukan 23 Motors itu menamatkan perlumbaan dengan 1 minit 15.615 saat.

Meskipun menamatkan aksi di kedudukan selesa namun Tengku Djan menyifatkan saingan kali ini bukan mudah.

“Perlumbaan hari ini sangat panas, litar ini bukanlah mudah untuk dikuasai. Tetapi selepas beberapa pusingan saya berjaya mendapatkan rentak untuk memastikan mendahului perlumbaan hingga ke lap terakhir.

“Tambahan pula, permukaan litar yang tidak rata – sejak edisi pertama Vios Challenge – sedikit menyukarkan perlumbaan,” jelasnya.

Sementara itu tempat kedua jadi milik Mark Darwin (Laser Motor Racing) dengan 30’16.520s diikuti Brendan Paul (Dream Chaser) ketiga dengan 30’38.409s.

Bagi Brendan, meskipun diekori rapat Boy Wong namun dia berjaya mengekalkan ketenangan untuk menduduki tempat ketiga.


“Saya sedar apa yang penting adalah mengekalkan kedudukan dan memastikan tiada pelumba lain dapat memintas saya,” katanya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply