Vios Challenge: Mirza Kecewakan Hayden, Tengku Djan Bermula Di Petak Pertama

Mirza Syahmi Mahzan mengecewakan Hayden Haikal ketika aksi kelayakan kategori Sporting dalam aksi Vios Challenge di Stadium Batu Kawan, hari ini.

Hayden dari pasukan S&D Motorsports, berada di kedudukan selesa apabila merekodkan catatan masa 1 minit 15.925saat selepas enam lap.

Bagaimanapun, ketika sesi kelayakan memasuki minit akhir, Mirza melakar kejutan apabila berjaya melakar catatan yang lebih pantas untuk merampas petak pertama dengan 1’15.902s ketika lap ke-20.

Keputusan itu turut memaksa Adam Khalid (Crestmax Motorsports) terpaksa memulakan perlumbaan di petak ketiga.

Sementara itu, saingan kelayakan Super Sporting menyaksikan Tengku Djan Ley merekodkan masa terpantas dengan 1’14.698s diikuti Kenny Lee (Kegani Racing) dengan 1’15.018s dan Mark Darwin (Laser Motor Racing) ketiga dengan 1’15.215 saat.

Pusingan pertama perlumbaan Toyota Gazoo Racing Festival (TGR) Vios Challenge akan membuka tirai 2.15 petang ini.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply