Kerajaan Pertimbang Penjara 20 Tahun, Denda RM100,000 Terhadap Pemandu Mabuk

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan pihak kerajaan sedang pertimbangkan cadangan untuk mengetatkan hukuman terhadap pemandu mabuk.

Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut ketika melakukan lawatan terhadap lima beradik yang kehilangan ayah mereka, Khairuzul Mohamad Noor, 39 tahun yang maut sementara isteri, Zuriana Hasan, 36 tahun mengalami koma susulan dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian yang berlaku di Bagan Jermal, Butterworth.

Antara cadanngan tersebut adalah mengenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM100,000 terhadap pemandu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk atau khayal dan menyebabkan kematian.

“Pihak kerajaan sedang mengkaji untuk meminda hukuman dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terutamanya terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian,” jelas Guan Eng menurut Bernama.

Dia turut menjelaskan bahawa pindaan akta terbabit perlu kerana angka maut yang tinggi berpunca daripada pemandu mabuk.

Ketika ini, akta sedia ada hanya mengenakan hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun dan denda tidak lebih dari RM20,000.

(SUMBER: Bernama)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply