KTM telah melancarkan Duke 200 dengan rekaan serba baharu di India, baru-baru ini.
Rekaan serba baharu itu sedikit sebanyak membuktikan KTM mendengar keluhan peminat jenama Austria itu yang menggesa agar rekaan baharu yang didatangkan pada model lain turut sama disuntik pada varian 200cc.
KTM Duke 200 2020 didatangkan dengan rekaan serba baharu yang dipinjamkan dari varian 250cc sekaligus menyaksikan kehadiran lampu depan LED DRL dan tangki 13.5 liter berbanding 10.2 liter sebelum ini.
Enjin 199cc satu silinder ini masih lagi menghasilkan 24.6hp dan 19.3Nm seperti model sebelumnya.
Beberapa tahun lalu, terdapat lambakan KTM Duke 200 di Malaysia susulan ditawarkan pada harga mampu milik bagi sebuah jentera 200cc.
Mungkin dengan kembalinya Duke 200 dengan rekaan baharu ini mampu menyuntik kembali populariti KTM di Malaysia?
(SUMBER: BikeWale)