Pirelli mendapat satu lagi pengiktirafan apabila dipilih sebagai tayar rasmi bagi Honda CBR1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP.
Tayar jenis Pirellie DIABLO Supercosa SP saiz 120/70 ZR17 depan dan 200/55 ZR17 belakang menjadi tayar pilihan Honda bagi jentera baharu itu.
Menariknya, tayar tersebut ketika ini sedang ‘beraksi’ di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, bagi sesi pelancaran media CBR1000RR-R Fireblade.
Tayar DIABLO Supercosa SP lahir daripada pengalaman Pirelli sebagai penyumbang tayar utama Kejuaraan Superbike Dunia sejak 2004 dengan memindahkan teknologi perlumbaan ke dalam tayar berprestasi tinggi untuk kegunaan harian.
Berbanding dengan versi kompaun SC, DIABLO Supercosa SP memboleh penunggang untuk mengambil selekoh dengan lebih laju dan efisien.
Baru-baru ini, Honda melancarkan CBR1000RR-R Fireblade SP dengan harga RM198,800.