Peminat Mazda Kongsi Imej Render Model RX 2022

Lima tahun lalu, Mazda kembali membuat peminat enjin rotary berasa teruja apabila memperkenalkan RX-Vision, jentera konsep yang dilabel sebagai pengganti Mazda RX-8.

Bagaimanapun, memasuki 2020, pengeluar kereta premium Jepun itu masih membisu tentang penghasilan Mazda RX-9 meskipun tahun lalu, ketua rekaan Mazda sendiri mendedahkan mereka masih mengimpikan sebuah jentera rotary baharu.

Baru-baru ini, seorang peminat Mazda RX, berkongsikan imej ‘render’ membayangkan apakah rupa model RX terbabit sekiranya Mazda bercadang untuk menghasilkan model terbabit bagi tahun 2022.

Mazda RX-7 2022 rekaan Enoch Gabriel Gonzales menggabungkan unsur rekaan KODO yang terdapat pada model Mazda sedia ada dan RX-Vision.

Sehingga kini, masih tiada dakwaan kukuh sama ada Mazda akan menghasilkan RX terbaru apatah lagi baru-baru ini mereka mengakui pembinaan RX bagaikan pertarungan dengan masa tatkala dunia sedang sibuk memperkenalkan peraturan baharu berkaitan emisi karbon.

(SUMBER: Motor1)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]