Ducati Scrambler 1100 2020 Kembali Lebih Jahat!

Ducati memperkenalkan penambahbaikan terbaru menerusi Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO.

Model yang dikemaskini daripada Scrambler 1100 mendapat beberapa ciri baharu antaranya:

  • ekzos berkembar
  • rekaan grafik baharu
  • kemasan kerusi baharu
  • fender lebih kompak
  • posisi tempat letak nombor plat baharu

Rekaan keseluruhan Scrambler 1100 PRO tampak lebih ‘jahat’dan garang dengan kerangka tubular steel trellis berwarna hitam di samping beberapa komponen lain yang turut digelapkan berbanding model sebelumnya.

Aura budak jahat lebih menonjol bagi Scrambler 1100 Sport PRO ditambah dengan fork depan dari Öhlins, handle-bar yang lebih rendah dan cermin sisi ala cafe-racer.

Lampu depan bagi kedua-dua model juga tampak garang dengan gril berbentuk X.

Kedua-duanya cukup sesuai untuk penggunaan harian dan jarak jauh hasil bantuan enjin 1079cc yang menghasilkan 86hp pada 7,500rpm dan 88Nm pada 4,750rpm dan tangki 15 liter.

Ducati Scrambler 1100 PRO dan Sport PRO turut dilengkapi beberapa ciri terkini antaranya:

  • Ducati Traction Control (DTC)
  • Bosch Cornering ABS
  • Tiga mod tunggangan

Sistem brek Brembo (M 4.32B Monobloc empat piston) juga menjaminkan keselamatan terbaik ditambah dengan bantuan ABS Cornering sekaligus membantu menyelusuri selekoh dengan efisien.

Bagi yang dah tak sabar untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat, kedua-dua model ini akan dipasarkan ke seluruh dunia bermula Julai 2020.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]