Adalah menjadi satu kebanggaan bagi setiap pengeluar minyak enjin untuk menyaksikan produk mereka berjaya menyumbang kepada kejayaan di pentas dunia terutamanya dalam saingan MotoGP.
Itulah yang berlaku kepada PETRONAS apabila menyaksikan pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo merekodkan tujuh podium, enam petak pertama dan tempat kelima keseluruhan dalam musim pertamanya di kelas premier.
Pelumba muda dari Perancis itu turut menilai prestasinya musim lepas sebagai 8 daripada 10 selepas beberapa kali berjaya memberi cabaran kepada juara dunia, Marc Marquez.
Kejayaan Quartararo merupakan penanda aras baharu bagi PETRONAS selepas berjaya mengintegrasikan produk PETRONAS Sprinta dengan kejuruteraan MotoGP.
Siapa sangka, minyak enjin yang dibangunkan menerusi penggunaan minyak asas yang dihasilkan di Melaka, mampu membantu pasukan PETRONAS Yamaha SRT melakar kejayaan di pentas dunia?
Apatah lagi membantu karier Quartararo yang kini sedang meningkat naik meskipun baru berusia 20 tahun.
Pada masa sama, integrasi ini turut mengukuhkan nama Malaysia di persada dunia sebagai negara pengeluar minyak enjin yang berkualiti tinggi.
Sementara itu, Pengarah Urusan, Bahagian Pengurusan Penjenamaan, Noor Afiza Mohd Yusof menyuarakan rasa bangga terhadap kejayaan yang dilakar PETRONAS Sprinta dalam tempoh singkat.
“PETRONAS sentiasa mencari jalan terbaik agar orang ramai dapat menikmati teknologi dan produk yang dimanfaatkan daripada MotoGP,” jelasnya ketika mengumumkan integrasi di antara PETRONAS Sprinta dan PETRONAS Yamaha SRT.
Menariknya, PETRONAS diberikan tempoh dua tahun untuk membangunkan Sprinta namun telah pun berjaya membantu pasukan PETRONAS Yamaha SRT tahun lalu merekodkan 7 podium yang merupakan penampilan sulung pasukan itu bersama minyak Sprinta baharu!
Tidak hairanlah, peranan PETRONAS Sprinta turut mendapat pujian daripada pengurus pasukan PETRONAS Yamaha SRT Dato Razlan Razali.
“Kejayaan ini membuktikan kemampuan PETRONAS terutamanya daripada aspek teknikal yang ditawarkan mereka,” ujarnya.
PETRONAS melancarkan PETRONAS Sprinta dengan teknologi Ultraflex yang meningkatkan lagi stabiliti minyak enjin sekaligus mengekang tekanan yang diberikan terhadap enjin setiap kali menunggang.
Bagi yang bersikap skeptikal, lahirnya PETRONAS Sprinta dengan bantuan kejuruteraan MotoGP namun hakikatnya, terlakarnya kejayaan PETRONAS Yamaha SRT dengan bantuan minyak enjin PETRONAS Sprinta.