BMW merekodkan penjualan terbaik bagi tahun 2019 dengan lebih 135,829 unit kenderaan berprestasi tinggi berjaya dijual.
Keputusan ini meletakkan BMW Group sebagai peneraju syarikat paling berjaya bagi tahun sama.
Sementara itu, 2019 turut merekodkan permintaan tinggi bagi model M Sport dan kelengkapan tambahan daripada BMW Individual.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW M GmbH, Markus Flasch, menyifatkan pengalaman pemanduan unik jadi punca jenama itu terajui segmen kenderaan berprestasi tinggi buat julung kalinya dalam tempoh 50 tahun.
Kejayaan BMW turut berpunca daripada pelancaran beberapa model baharu antaranya BMW X3 M, BMW X4 M dan BMW M8 Coupe serta BMW M8 Convertible.
Pasaran Amerika Syarikat jadi tumpuan terbesar dengan lebih 44,442 unit terjual diikuti Jerman, 26,110 unit, dan United Kingdom, 17,688 unit.
Bukan itu sahaja, penjualan BMW M juga menyumbang kepada penjualan keseluruhan jenama BMW di seluruh dunia.