Seorang guru dipukul oleh seorang pelajar sehingga mengalami kecederaan di kepala dalam satu kejadian di Kuching, Sarawak, Jumaat lalu.
Insiden itu berlaku apabila guru tersebut bertindak menahan pelajar lelaki itu yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal tanpa lesen.
Menurut Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superitendan Rowney Michael Jalak, suspek telah bertindak agresif dan menumbuk cikgu tersebut sebelum memukulnya.
Difahamkan, cikgu tersebut mengalami kecederaan dibahagian kepala dan tangan.
Pelajar lain yang menyaksikan kejadian terbabit sempat menarik suspek dan menahannya dari bertindak lebih teruk.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 325 dan suspek berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
(SUMBER: Berita Harian)