Malaysia Destinasi Sulung Aprilia RSV4 X Di Benua Asia!

Sejak diperkenalkan pada Mac tahun lalu di Litar Mugello, kesemua 10 unit Aprilia RSV4 X terjual dalam tempoh beberapa jam. 

Menggunakan RSV4 1100 Factory sebagai asas utama, versi edisi terhad ini menghasilkan 225hp dengan berat hanya 165 kilogram!

Jentera ini juga merupakan mesin dua roda sulung yang mengguna pakai gear neutral bawah gear pertama dan kaliper brek Brembo GP4-MS.

Lahir dengan DNA 54 kejuaraan dunia, RSV4 X dibina dengan satu objektif utama, menawarkan prestasi optimum di litar lumba.

Bagi merancakkan lagi penghasilan mesin agung ini, Aprilia turut memilih Malaysia sebagai destinasi Asia sulung untuk ‘tayangan perdana’ Aprilia RSV4 X.

Menariknya, Max Biaggi sendiri akan serlahkan kemampuan jentera istimewa ini di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

“Para penunggang yang dapat merasa jentera ini akan menyedari keupayaan keseluruhan sebuah jentera yang lahir untuk litar lumba.

“Saya tunggang jentera ini secara peribadi dan jentera ini sangat-sangat berkuasa, anda akan rasa segalanya menerusi jentera ini.

“Terima kasih kepada jurutera Aprilia kerana menghasilkan mesin ini,” jelas bekas juara dunia MotoGP, Max Biaggi.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply