Sebelum ini, nama Husqvarna sering kali dikaitkan sama ada dengan gergaji elektrik mahupun motosikal ‘dirtbike’ namun kebelakangan ini mereka sibuk menghasilkan beberapa jentera ala naked bike.
Selepas kejayaan model Vitpilen 701 dan seterusnya versi 401 dan Svartpilen 401 tahun lalu, pengeluar motosikal Sweden itu kini memperkenalkan Vitpilen 250 dan Svartpilen 250.
Menerusi kerjasama dengan Bajaj Auto – pemilik jenama KTM dan secara tidak langsung Husqvarna – kedua-dua model ini akan dipasarkan ke pasaran India pada Februari 2020.
Sebagai pemegang 48 peratus saham dalam KTM, bukan satu kejutan apabila Bajaj sekali lagi menawarkan fasiliti untuk menghasilkan Vitpilen dan Svartpilen untuk pasaran dunia.
Vitpilen 250 dan Svartipilen 250 mengguna pakai enjin KTM Duke 250 yang kemudiannya disarungkan ke dalam chasisi 401 dengan kedua-duanya menghasilakn sekitar 30hp.
Meskipun mengunakan enjin sama namun Vitpilen lebih terarah kepada jentera neo-cafe racer – seperti Honda CB250R – manakala Svartpilen diinspirasikan daripada jentera flat-track dan scrambler.
(SUMBER: Web Bike World)