Petron Malaysia melancarkan minyak enjin dan produk pelincir khusus dengan teknologi Petron High-Temperature Protection (HTP) di SOFITEL, Bukit Damansara, hari ini.
Bagi pengguna enjin petrol, Petron memperkenalkan Petron Blaze Racing HTP dan Petron Rev-X Turbo HTP bagi enjin diesel.
Petron Blaze Racing HTP merupakan minyak enjin sintetik penuh dengan bahan polyalphaolefi (PAO) sebagai minyak asas yang membantu menangani isu kepanasan enjin melampau berbanding minyak enjin konvensional.
Produk baharu ini turut menawarkan perlindungan enjin optimum daripada masalah hakisan sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin.
Sementara Petron Rev-X Turbo HTP menawarkan perlindungan terbaik bagi enjin diesel turbocharged dan supercharge dengan kawalan haba luar biasa.
Menurut Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy, Petron sentiasa mencari inovasi terbaru dalam penawaran produk.
“Kami sentiasa menjanjikan produk petroleum berkualiti tinggi. Petron HTP dirumus khas untuk menjamin kebersihan, kecekapan dan perlindungan enjin yang terbaik,” jelasnya.
Berikut antara rangkaian produk Petron dengan HTP (termasuk harga):
- Blaze Racing HTP – RM265 (4L)
- Rev-X Turbo HTP – RM210 (4L)
- Gear Oil GHTP – RM37.60 (1L)
- Brake fluid HTP – RM10.90 (0.25L)
- Grease HTP – RM23.70 (0.5kg)
Semua rangkaian produk Petron HTP boleh didapati di stesen minyak Petron terpilih seluruh negara dan Shopee.